Monday, August 8, 2011

Modem Baru Pada 6 Ogos 2011

Bersyukur kepada Allah Maha Kuasa
Dapat menulis sejarah negara
Ingatan pada generasi muda
Semua catatan panduan kita

Marilah kita berfikir wajar
Agara negara mewah terus berjaya
Jangan ikut gila kuasa
Yang salah dikatakan betul
Yang Betul dikatakan salah

Usaha jujur kejayaan berterus
Berbelit-belit menjadi mangsa syaitan
Marilah kita menurut agama
Firman dan hadis jadi pegangan

Dzura Ipoh
9.8.2011

Wednesday, June 9, 2010

Islam Dan Persengketaan

Bagaimana Islam ditakhtakan?
Hati umat Islam mesti disatukan
Kalimah Allah dijunjung setia
Perjuangan ini untukNya Allah

Syukur nikmatNya diterima setiap masa
Nyawa diberikan lambang utama
Nafas menyedut udara anugerahNya
Tiada terkujurlah insan tanpa nyawa

Sayangnya syukur tiada
Umat Islam bersengketa
Hari-hari nikmat diberi
Tak terasa - rasanya terjadi sendiri
Sakit anggota amaran diterima
Mengeluh wah! sakit terseksa
Sedar diri ini nikmatNya diberi

Marilah kita bertakwa kepadaNya
Rapatkan saf dan pendirian
Kita bersaudara
Terima apa bala
Nak sedar segera

Rakyat Malaysia sedarlah
Afghanistan & Iraq berkecai
Nafsu serakah diutama
Menderitalah mereka
Menyesal tak guna

Kini rakyat Malaysia teruji
Kesedaran jatuh negara Islam
Dimain Yahudi dan Nasari
Sedarlah, sedarlah
Bersatu dan bersaudara

Dzura 9.06.2010
Ipoh

Tuesday, June 8, 2010

Perjuangan Islam kini

Sesiapa juga telah menganuti Islam mestilah faham:

1. Islam itu bersaudara.
2. Mazhab berbeza jangan menjadi masalah.
3.Perbezaan gunakan untuk kemudahan contoh mazhab Syafie tersentuh lelaki perempuan batal air sembahyang.Mazhab Hanafi tersentuh selagi tidak menaikkan nafsu tidaklah batal.Taklitlah terutama ketika tawaf di Masjidil Haram bukan sedang tidak perlu ambil sembahyang lagi? Jangan bersengketa gunakan kemudahan ini.
4.Pihak bukan Islam gunakan inilah maka tidak habis mereka berbalah ? Mati umat Islam di Afghanistan dan Iraq bukan ? Sesiapa menjadi mangsa bukan umat Islam.
5. Pelastin juga Yahudi dan Nasarani gunakan ? Tak habis umat Islam berbalah.
6.Jangan penting diri dan kumpulan tetapi perjuangan kita kerana Islam iaitu Allah S.W.T dan umat Islam.

Selamat Datang Kenal Diri Saya

Perjuangan kini menyatukan umat Islam seluruh Malaysia dengan tema"Islam Bersuadara"


Bagaimana impian ini boleh dilaksanakan?

Sesiapa yang telah mengucapkan,Kalimah Syahadad mestilah dirinya merapatkan hubungan sesama saudara Islamnya. Janganlah perbezaan menjadi pertelengkahan kerana perbezaan gunakan untuk kemudahannya.Persamaan pendapat pula gunakan pula untuk merapatkan hubungan dengan kasih sayang sesama Islam.


Diakhirat nanti kita bersama bukan?


Marilah bacakan fatihah untuk yang pergi agar mendapat rahmat dunia sana. Sesama yang hidup berkasih sayang. Jika mewah berilah kepada yang bermasalah

Saturday, June 5, 2010

Hari Perjuang Melayu dan Islam Faham Nasib Mereka

Kerajaan Melayu Melaka yang telah ditubuhkan pada tahun 1267 oleh Raja Iskandar Shah selepas Singapura dikalah oleh Jawa, akibat persengketaan Sang Rajuna Tapa dengan Istana. Sang Rajuna Tapa telah belut dan membuka pintu istana Singapura, Singapura dikalahkan. Akibat sengketa dalaman, Singapura musnah dan menjadi negara terbiar hinggalah Raffles datang tahun 1819 dan kemudian membelinya daripada Sultan Hussein iaitu Kerajaan Melayu Johor-Riau.
Melaka telah menjadi Kerajaan Melayu terbesar meliputi sebahagian besar Sumatera, Selangor dan Perak. Melaka juga menguasai Pahang dan Terengganu. Kerajaan Melayu Melaka boleh bertahan hingga tahun 1511 akhirnya dikalahkan oleh Portugis. Portugis menyerang Melaka tahun 1509 tidak berjaya. Tetapi Melaka dapat diawan setelah fitnah Ketul dan Raja Mendalir, akibatnya Bendahara Seri Maharaja terbunuh. Melaka menjadi lemah akibat persengketaan dalaman yang berlaku. Akhirnya Kerajaan Melayu Melaka dikalahkan oleh Portugas. Ingatan inilah kepada generasi muda Malaysia bahawa negara yang aman dan damai kini akan musnah nanti, akibat fitnah dan memfitnah yang berlaku sekarang. Di Malaysia kini boleh terjadi, apabila Melayu bersengketa dan bukan Melayu mengambil kesempatan. Kemewahan kini boleh musnah. Oleh itu kita sebagai orang Melayu di Malaysia harus menginsafi apa yang berlaku.
Peristiwa begini juga berlaku Tahun 1945, apabila sebahagian orang Melayu menyokong kedatangan Jepun dan sebahagian Melayu menyokong Bintang Tiga. Akibatnya berlakulah pembunuhan Melayu di Bekau, Batu Pahat dan Sungai Manik. Ramai orang Melayu dipanggil tengah malam. Mereka disuruh mengurik lubang dan dipancung oleh Bintang Tiga begitu sahaja. Insaflah orang Melayu dan Islam. Islam dan Melayu harus bersatu dan kita akan terus kuat mempertahankan Islam di negara kita ini. Perpecahan orang Melayu dan Islam akan memakan bangsa Melayu sendiri. Sejak kekalahan Kerajaan Melayu Melaka Tahun 1511 hanya tahun 1957 sahaja kita mendapat kemerdekaan, setelah 446 tahun ! lamanya

Friday, June 4, 2010

Perjuangan Melayu Dulu, Kini dan Masa Tiba

Sejarah Perjuangan Melayu amat panjang. Hidup bangsa ini sentiasa tercabar. Setiap insan Melayu harus menyedari sejarah mereka. Sejarah lalu melakarkan kepahitan hidup mereka. Bangsa ini lemah lembut dengan berbudi bahasa dan sentiasa mempercayai bangsa lain. Tetapi bangsa lain selalu mengambil kesempatan atas kelemahan mereka. Budi bangsa Melayu dibalas dengan tipu daya halus hasilnya mereka tersungkur di bumi sendiri.
Mereka tersingkir apabila tekanan di negara asal mereka di Yunan. Mereka pindah ke selatan. Akhirnya mereka menetap di Gugusan Pulau Melayu. Negara mereka yang luas di Nusantara. Sejarah Kerajaan Melayu terawal ialah Kerajaan Seri Wijaya. Kerajaan ini terbentang luas dari Madagaskar hingga ke Pulau Tahiti. Hebat sekali kerajaan ini, bangsa Melayu dapat menguasai kerajaan yang begitu luas dan teragung.
Kerajaan Seri Wijaya jatuh, terbentuk pun Kerajaan Melayu Temasik dan kemudiannya disebut Kerajaan Singapura. Kerajaan Singapura ini telah dimusnahkan serangan Majapahit. Akibat berlaku pegawai istana belut yang diceritakan dalam buku Sejarah Melayu. Sang Rajuna Tapa amat marah akibat anaknya diberi malu dituduh membuat jahat dan disula dihujung pasir. Sang Rajuna Tapa amat malu dan berkata, "Jika sungguh anak hamba berbuat jahat, bunuh saja mengapa diberi malu demikian?" Dia telah menjemput Kerajaan Jawa untuk menyerang Singapura. Bila Jawa Sang Rajuna membuka pintu kota dan Singapura dikalahkan. Peristiwa ini jatuhlah Singapura ditawan Jawa.Baginda Sultan Iskandar lari Ke Muar dan terus membuka Kerajaan Melayu Melaka.

Thursday, April 8, 2010

Manusia Tamak Memangsa Sesiapa

Dunia kini tercabar,ramai insan tamak
Mendayung perlu menuju impian
Apa peduli,hasrat ditunju dihadapan
Fitnah, taburan racun semua tak apa
Diri benar,melunjak jauh kehadapan

Saban malam mencari idea, rakyat mabuk
Hanyut antara harapan dan dugaan
Ujian Allah S.W.T berlaku, melenggung
Entah ke mana mahu dituju
Yakin tidak, tapi harapan melinang dimata

Dimana kau melabu mencari idea
Hasrat terus, menghalal cara
Jadi sesumpah dibatang pokok
Pokok berlumut,lumutlah diri
Mengejar impian tanpabatas

Penghuni menunggu kiamat
Entah bila, entah jadi entah
Ini lukisan rasa seorang manusia
Tiada niat mencari ke aman
Impian sahaja ditunggu
Siang disangka malam,malam di sangka siang
Demikianlah menunggu, harapan ada,kosong tetap menunggu.

Dzura 8.4.2010